Skip to main content
Sup Lala Bihun

Sup Lala Bihun

Ramuan

• 500g lala, direndam dalam air garam selama 30 minit, toskan
• 150g EKA BIHUN FATIMA, direndam 20 minit sehingga lembut, toskan
• 2 sudu besar minyak
• 5 keping halia
• 800ml sup ayam
• ¼ sudu kecil garam
• ½ sudu kecil lada

Hiasan:
• 1 tangkai daun bawang, dipotong pendek
• 2 cili merah, dipotong jadi kepingan
• Minyak bawang putih goreng

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak, tumis halia hingga wangi. Masukkan lala dan kacau sehingga serata- rata
  2. Tambahkan sup ayam dan dididihkan, masukkan garam, lada secukup rasa dan terus masak sehingga lala terbuka
  3. Masukkan bihun dan rebus selama 2 minit
  4. Hiaskan dengan daun bawang, cili merah dan minyak bawang putih goreng

(2-3 hidangan)