Skip to main content

Bihun Goreng Kosong

Ingredients

Ramuan (A):
• 400g BIHUN EKA, direndam sehingga lembut (jangka masa 10 - 15minit)
• 8 ulas bawang putih (dicincang halus)
• 6 ulas bawang merah kecil (dicincang halus)
• 1 genggam udang kering (dicincang kasar)
• ½ mangkuk kecil minyak masak
• 3 biji telur
• 5 - 6 sudu besar kicap cair (ikut citarasa sendiri)
• ½ sudu serbuk lada putih
• ½ mangkuk kecil air
• 1 sudu kecil gula

Ramuan (B):
• 2 sudu besar sos berperisa tiram EKA
• 2 sudu besar sos tomato EKA
• 2 sudu besar sos cili EKA
• 1 sudu besar kicap pekat manis EKA
• ½ mangkuk kecil air

Garnish:
Bawang goreng EKA
• Daun Bawang (dipotong kecil)

Cooking Method

  1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan udang kering sehingga naik bau dan warna kuning emas
  2. Ketepikan tumisan dan gorengkan telur sehingga sedikit garing
  3. Masukkan kicap cair dalam telur goreng
  4. Masukkan BIHUN EKA
  5. Tambahkan pes Ramuan (B) dan gaulkan sehingga rata
  6. Tambahkan serbuk lada putih, gaul rata
  7. Masukkan pes Ramuan (B) dan kicap cair dan terus gaulkan sehingga sebati (jika perlu)
  8. Taburkan air sedikit demi sedikit sekeliling bihun sehingga cukup lembut (jika perlu)
  9. Padamkan api dan taburkan gula dan gaul secara perlahan
  10. Taburkan bawang goreng EKA dan daun bawang sebelum dihidangkan

(4 -6 orang hidangan)

Tip Memasak:

  1. Bihun direndam dalam air biasa sahaja sehingga lembut supaya mudah dimasak. Tidak perlu air panas.
  2. Ramuan B adalah pes perencah disiapkan dahulu, kacau rata supaya tidak berketul.
  3. Guna penyepit / garpu besar untuk menyebatikan bihun supaya tidak putus/ hancur. 
  4. Sudip diguna untuk angkat bihun supaya dasar bawah tidak berkerak.
  5. Ramuan B dituang dalam bentuk bulatan supaya lebih mudah digaul.
  6. Hanya kicap cair dan Ramuan B dituang masuk memastikan ia tidak terlebih.
  7. Tambah air secara taburan sekeliling untuk kerataan. Bihun akan menjadi terlalu lembut dan hancur jika air terlalu banyak.
  8. Taburkan sedikit gula selepas tutup api supaya bihun nampak kilat.