Skip to main content
Makan Laut Tom Yam Laksa

Makanan Laut Tom Yam Laksa

Ramuan

Untuk Sup:
• 1 tangkai serai
• 8 keping lengkuas
• 6 keping daun limau
• 2 cili padi
• 1000ml sup ayam

Ramuan:
• 4 sudu besar cili pes Thai /
nam prik phao
• 150g EKA LAKSA BERAS THAI, direndam hingga lembut dan direbus
• 8 udang sederhana saiz
• 200g filet ikan
• 100g cendawan tiram segar

Perasa:
• 3 sudu besar sos ikan
• ½ cawan jus limau
• 2 sudu kecil gula
• 1 sudu kecil garam

Cara Memasak

  1. Didihkan sup ayam
  2. Masukkan semua ramuan untuk sup dan didihkan
  3. Perlahankan api dan terus mereneh selama 10 minit
  4. Tambah gula, garam, sos ikan dan cili pes Thai. Kacau rata
  5. Masukkan cendawan tiram segar, filet ikan dan udang
  6. Terus reneh sehingga masak
  7. Tambahkan jus limau
  8. Masukkan daun sup
  9. Hidangkan sup tom yam panas dengan EKA LAKSA BERAS THAI

(2-3 hidangan)