fbpx
Bihun Goreng Ketam

Bihun Goreng Ketam

Ketam memang digemari oleh mereka yang ada kelas yang tersendiri

Ramuan

• 150g EKA FATIMA BIHUN, direndam hingga lembut, toskan
• 1 ketam, bersihkan, potong setengah
• 3 sudu besar minyak
• 1 sudu besar bawang putih dicincang
• 1 bawang besar, dicincang
• 2 cili padi, dicincang
• 100g daging ayam dicincang
• 100g kubis

Sos perasa (kacaukan):
• 3 sudu besar kicap cecair
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu kecil kicap pekat
• ½ sudu kecil minyak bijan
• ½ sudu kecil lada
• 200ml sup ayam

Hiasan:
• Cili merah, daun bawang dan bawang merah goreng

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi sehingga wangi
  2. Masukkan daging ayam dicincang dan digaul sehingga rata
  3. Masukkan lobak merah dan gaul rata
  4. Masukkan EKA FATIMA BIHUN dan gaul sehingga rata
  5. Tambah sos perasa
  6. Tambah kubis dan ketam
  7. Tambah sup ayam. Tutup dan masak selama 5 minit
  8. Tambahkan hiasan di atas bihun dan hidangkan

(2-3 hidangan)


© Copyright 2020 EKA FOODSTUFF SDN BHD
• All Right Reserved

X

Right Click

No right click