fbpx
Bihun Goreng Sos Ikan

Bihun Goreng Sos Ikan

Ramuan

Bahan-bahan
• 150g EKA LAKSA BERAS THAI, rendam sehingga rembut
• 50g udang kering, rendam selama 20 minit, toskan
• 3 sudu besar minyak
• 2 biji telur
• 1 sudu besar bawang putih, dicincang
• 2 tangkai daun sup, dicincang
• 2 sudu besar sos ikan
• 1 sudu besar sos tiram
• ½ sudu kecil lada
• 200ml sup ayam (jika perlu)
• 1 batang cili merah, dihiris nipis

Cara Memasak

  1. Panaskan 1 sudu besar minyak dan gorengkan telur sehingga wangi, Keluarkan telur goreng
  2. Panaskan baki minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  3. Masuk udang kering dan terus tumis sehingga rangup dan wangi
  4. Tambahkan EKA LAKSA BERAS THAI
  5. Masukkan lada secukup rasa, sos ikan dan sos tiram, kacau rata
  6. Tambahkan sup ayam dan kemudian didihkan. (jika perlu)
  7. Masukkan telur goreng dan kacau sehingga rata
  8. Masukkan daun sup dan cili merah, kacau rata

(2-3 hidangan)


© Copyright 2020 EKA FOODSTUFF SDN BHD
• All Right Reserved

X

Right Click

No right click