Bahan-bahan • 150g EKA BIHUN TRADISIONAL, direndam hingga lembut, toskan • 300g filet ikan, diperap dengan garam dan lada • 5 sudu besar minyak • 2 sudu besar bawang putih dicincang • 100g kubis panjang, dicincang • 100g lobak merah, dicincang
Sos perasa (kacaukan): • 2 sudu besar kicap cecair • 1 sudu besar kicap manis • 1 sudu besar sos tiram • ½ sudu kecil lada • ½ sudu kecil Minyak bijian • 200ml sup ayam
Cara Memasak
Panaskan minyak, goreng filet ikan sehingga rangup dan cukup masak
Keluarkan filet ikan. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi
Masukkan EKA BIHUN TRADISIONAL dan goreng sampai rata
Tambah sos perasa perlahan-lahan
Terus gaul EKA BIHUN TRADISIONAL sehingga sos perasa diserap bihun dan masak
Tambah kubis, lobak merah dan digaul rata
Hidangkan EKA BIHUN TRADISIONAL bersama filet ikan goreng