Mi Bakar Istimewa
Ramuan
+
3 Keping Mee Segera EKA (dicelur dan digaul dengan marjerin)
+
3 sudu besar marjerin (dicelur dan digaul dengan marjerin)
+
4 biji telur ayam
+ 5 biji ubi kentang (dipotong dadu)
+ 3 sudu besar serbuk kari daging
+ 1 sudu besar lada sulah
+ 1 tangkai daun kari
+ 3 sudu besar minyak (untuk menumis)
+ gula & garam secukup rasa
+ 3 biji bawang besar (dipotong dadu)
+ Sedikit daun sup & daun bawang dihiris
Cara-cara memasak
Mee segera EKA dicelur dan ditoskan dan digaul dengan 3 sudu marjerin. Ketepikan.
Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan serbuk kari daging yang dikisar dan juga ubi kentang.
Kacau sehingga ubi kentang menjadi empuk.
Masukkan gula dan garam, masukkan sedikit perasa mengikut kesukaan.
Masakkan sehingga kering. Masukkan daun sup dan daun bawang yang dihiris halus. Kacau biar menjadi rata. Angkat bahan-bahan tersebut.
Pukul 4 biji telur ayam sehingga kembang.
Masukkan inti, gaul sehingga rata dan sebati.
Potong Mee segera EKA yang ditos tadi sehingga pendek dan masukkannya bersama-sama inti tadi ke dalam bekas yang besar.
Masukkan bahan-bahan yang dicampur itu ke dalam periuk pembakar dan dibakar sehingga berwarna kekuningan.
|